Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada kakitangan wanita dan isteri kakitangan dari semua peringkat yang terdapat dalam Universiti. Permohonan menjadi ahli hendaklah melalui borang yang disediakan oleh Persatuan dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat. Jawatankuasa Kerja berkuasa meluluskan atau menolak sebarang permohonan menjadi ahli tanpa sebarang sebab.
Keahlian PERMATA UPM terbahagi kepada empat (4) jenis:
1. Ahli Biasa
Seseorang kakitangan wanita atau isteri kakitangan itu layak menjadi ahli biasa Persatuan sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut;
i. Warganegara Malaysia atau isteri kepada warganegara.
ii. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk.
iii. Perkhidmatannya atau perkhidmatan suaminya dengan Universiti.
2. Ahli Bersekutu
Kakitangan wanita atau isteri kakitangan Universiti yang memohon menjadi ahli tetapi;
i. Bukan Warganegara Malaysia dan perkhimatannya atau perkhidmatan suaminya dipinjamkan ke Universiti.
ii. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk.
iii. Kakitangan wanita yang telah bersara.
3. Ahli Kehormat
Ahli Kehormat ialah seseorang yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Kerja untuk menjadi ahli tanpa bayaran yang mempunyai kepakaran atau memberi manafaat kepada Persatuan.
4. Ahli Seumur Hidup
Seorang ahli boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup dengan yuran keahlian tahunan 10 sekali gus.
1. Persatuan dilarang mengendalikan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara, ajaran serta tatasusila masyarakat Islam.
2. Persatuan atau ahli tidak boleh menghalang, mengganggu perniagaan atau harga barangan dan mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Undang-Undang Kesatuan Sekerja, 1959.
3. Ahli dilarang menggunakan nama persatuan untuk kepentingan diri.
4. Ahli tidak dibenarkan memberi kenyataan tentang Persatuan kepada awam.
5. Faedah-faedah yang diterangkan di bawah Skesyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.
6. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
1. Semua ahli baharu dikenakan membayar yuran masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ringgit sahaja). Bayaran dibuat melalui potongan gaji pada bulan pertama yuran ahli.
2. Yuran keahlian adalah RM 4.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ringgit sahaja) sebulan untuk kategori ahli biasa. Yuran dibuat melalui potongan gaji pada setiap bulan.
3. Yuran keahlian adalah RM 48.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lapan Ringgit sahaja) setahun untuk kategori ahli Alumni.
4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli.
Updated:: 14/07/2026 [zuraya]
